Nazreena Bte Abdul Kader
Blk 173
Jalan Kayu
# 08 – 128
Singapura 310173
20 Julai 2009
Menemui sahabt yang diingati selalu
Saudara Ahmad Hanis Bin Saharom
Dengan Selamtnya
Saudara
Apa khabar saudara di sana? Saya berharap saudara dan keluarga saudara berada dalam keadaan yang menyenangkan. Saya di sini berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk memberi tahu saudara tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh rakyat Singapura dalam kempen untuk menyelamatkan Bumi daripada pembinasaan Alam dan tindakan-tindakan yang saya dan keluarga saya lakukan ketika menyambut kempen ini.
Di Singapura pemerintah mengadakan sebuah kempen yang dinamakan “Earth Day” atau Hari Dunia dalam bahasa melayu. Kempen ini bertujuan untuk menghemat listrik di rumah dengan cara mematikan lampu selama dua jam. Kempen ini tidak dipaksakan, orang-orang yang tertarik boleh ikut serta dalam kempen ini.
Selain dari kempen Hari Dunia tersebut, rakyat Singapura juga mengitar semula barang-barang yang masih boleh digunakan. Pasar raya juga mulai menawarkan tas belanja yang boleh dipakai berkali-kali bukan plastik yang hanya boleh dipakai sekali.
Saya dan keluarga saya juga berusaha untuk menghemat listrik untuk menyambut kempen ini. Kami sekeluarga mematikan alat elektronik yang tidak kami gunakan dan kami tidak menyalakan lampu sewaktu siang hari kerana hari masih terang. Kami juga mulai menggunakan kipas angin bukan hawa dingin.
Saudara, inilah sahaja yang sempat saya kongsi bersama saudara kali ini. Semoga saudara boleh mengetahui apa yang rakyat Singapura lakukan untuk menyelamatkan Bumi daripada pembinasaan Alam. Sehingga kita bersua lagi dilembaran yang lain, sambutlah salam mesra daripada saya buat saudara dah keluarga.
Yang ikhlas