Menurut saya, wira adalah seseorang yang selalu membantu orang. Dia adalah seseorang yang jujur dan selalu membela kebenaran. Dia juga akan memlawan orang yang berbuat kejahatan dan kekacauan.
Menurut saya, wira dalam cerita Hang Tuah ini adalah Hang Tuah itu sendiri. Yang pertama, kerana dia mempunyai moral dan tidak mahu balas dendam meskipun Sultan memerintahkan untuk membunuhnya tanpa memeriksa perkaranya lebih dalam.
Yang kedua, dia mahu membunuh temannya sendiri. Itu kerana dia mahu melindungi orang ramai supaya tidak ada lagi orang yang terbunuh oleh Hang Jebat.
Yang ketiga, dia sangat taat kepada Sultan. Meskipun Sultan pernah memerintahkan orang untuk membunuhnya tanpa pemeriksaan lebih dalam tentang apa yang terjadi. Dia menaati semua perintah Sultan.